Polisi Pemulangan & Pembatalan Tempahan

(Refund & Booking Cancellation Policy)
USQ Travel & Tours Sdn. Bhd.

1. Pengesahan Tempahan (Booking Confirmation)

  • Semua tempahan tertakluk kepada ketersediaan tempat dan tarikh semasa.

  • Tempahan hanya disahkan selepas bayaran deposit minimum diterima.

  • Baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berlepas.

  • Kegagalan menjelaskan bayaran mengikut jadual boleh menyebabkan pembatalan tempahan tanpa notis.

2. Terma Pembayaran (Payment Terms)

  • Bayaran boleh dibuat melalui pemindahan bank, kad kredit, atau tunai di pejabat kami.

  • Bukti bayaran perlu dihantar melalui e-mel atau WhatsApp untuk tujuan pengesahan.

  • Pembayaran dianggap sah hanya selepas disahkan oleh pihak pengurusan kewangan USQ Travel.

3. Dasar Pembatalan (Cancellation Policy)

Permintaan pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis. Polisi pemulangan adalah seperti berikut:

  • Lebih 30 hari sebelum tarikh berlepas: Pemulangan penuh deposit (tolak caj pemprosesan)

  • 15–30 hari sebelum tarikh berlepas: Sejumlah peratusan daripada bayaran akan ditolak

  • Kurang dari 14 hari sebelum berlepas: Tiada pemulangan

  • Tidak hadir (no show): Tiada pemulangan

Nota: Sekiranya tiket penerbangan telah dikeluarkan, kos tiket dan penalti dari syarikat penerbangan akan ditolak daripada jumlah pemulangan (jika ada). Tiket biasanya tidak boleh dipulangkan.

4. Penukaran Tarikh / Butiran Penumpang (Amendment Policy)

  • Permintaan pertukaran nama atau tarikh tertakluk kepada caj tambahan daripada hotel, syarikat penerbangan dan pembekal perkhidmatan lain.

  • Penukaran hanya dibenarkan jika dibuat lebih 30 hari sebelum tarikh berlepas dan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.

5. Dokumen Perjalanan (Travel Documents)

  • Peserta perlu memastikan pasport mereka sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.

  • USQ Travel tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah imigresen atau dokumen tidak lengkap.

6. Keadaan Luar Kawalan (Force Majeure)

  • USQ Travel tidak bertanggungjawab atas pembatalan atau perubahan perjalanan yang disebabkan oleh bencana alam, pandemik, konflik, arahan kerajaan atau faktor lain di luar kawalan kami.

  • Dalam situasi ini, sebarang bayaran balik atau penjadualan semula akan dirujuk kepada polisi pihak ketiga.

7. Jika Ada Sebarang Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ingin berbincang tentang polisi pemulangan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami:

USQ Travel & Tours Sdn. Bhd.
📍 3-2, Jalan Warisan Sentral, KIP Central, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
📞 019-3300053
📧 info@usqtraveltours.com
🌐 www.usqtraveltours.com

Kami sedia membantu anda dengan sepenuh hati.